Penasihat Syariah

BIMB Securities Sdn Bhd (“BIMB Securities”) telah dilantik sebagai Penasihat Syariah bagi Dana. BIMB Securities akan menyediakan khidmat nasihat Syariah mengenai pengurusan dan operasi Dana untuk memastikan operasi Dana mematuhi keperluan Syariah.

Sebagai Penasihat Syariah untuk Dana, peranan BIMB Securities adalah untuk memastikan operasi pelaburan dan proses Dana mematuhi keperluan Syariah. BIMB Securities akan menyemak pelaburan Dana pada setiap bulan untuk memastikan pematuhan Syariah dan ia juga menyemak laporan suku tahunan, separuh tahunan dan tahunan Dana, jika diperlukan. Walaupun peranan yang dimainkan oleh Penasihat Syariah, tanggungjawab utama untuk memastikan pematuhan Syariah Dana dalam semua aspek operasi dan proses terletak sepenuhnya pada Pengurus Dana.

Dr-fuad.png
Ir. Dr. Muhamad Fuad bin Abdullah
Personel Syariah
Nurul-Aqila-Sufiyah.png
Nurul Aqila Sufiyah binti Lokman
Personel Syariah
Dr-fuad.png

Ir. Dr. Muhamad Fuad bin Abdullah

Personel Syariah

Dr. Muhamad Fuad ialah orang yang dilantik bertanggungjawab bagi semua perkara Syariah di BIMB Securities.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Elektrik pada tahun 1977 dan Ijazah Sarjana Falsafah di dalam Kejuruteraan Elektrik pada tahun 1982, kedua-duanya dari University of Southampton, England. Beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Jayyid) dalam Syariah dari Universiti Jordan pada tahun 1994 dan Doktor Falsafah dalam Tamadun Muslim dari Universiti Aberdeen, Scotland pada tahun 1996.

Beliau merupakan penasihat Syariah individu berdaftar bersama SC. Beliau kini merupakan pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah BIMB Securities dan Majlis Penyeliaan Syariah Bank Islam Malaysia Berhad. Beliau menganggotai jawatankuasa Syariah Bank Islam Malaysia Berhad dan AIA-Public Takaful Berhad. Beliau juga merupakan pengerusi bukan eksekutif Gagasan Nadi Cergas Berhad dan ahli lembaga pengarah Universiti Tun Abd Razak Sdn Bhd (UniRAZAK).

Nurul-Aqila-Sufiyah.png

Nurul Aqila Sufiyah binti Lokman

Personel Syariah

Nurul Aqila menyertai BIMB Securities sebagai Eksekutif Syariah pada Mac 2020. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pemangku Ketua Seksyen Syariah berkuat kuasa 1 April 2023. Beliau juga merupakan Setiausaha Bersama Jawatankuasa Penasihat Syariah BIMB Securities.

Nurul Aqila berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam dalam Fiqh dan Usul al-Fiqh dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pada masa ini, beliau membantu dalam menyediakan input Syariah untuk fungsi khidmat nasihat, perundingan dan penyelidikan berkaitan produk pasaran modal Islam termasuk skim pelaburan kolektif Islam.