Jawatankuasa Pelaburan
Jawatankuasa pelaburan mengadakan perjumpaan sekurang-kurangnya enam (6) kali setahun atau apabila diperlukan oleh Pengurus.




Khairul Muzamel Perera Abdullah
Pengerusi – Ahli Bukan Bebas
Khairul Muzamel Perera Abdullah telah dilantik sebagai Pengerusi dan ahli bukan bebas Jawatankuasa BIMB Investment sejak Julai 2015. Khairul menyertai Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 2009 mengetuai unit Pengurusan Risiko Kredit, dan kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pegawai Kredit Kumpulan sehingga 2022. Khairul mempunyai lebih 35 tahun pengalaman di dalam industri perbankan dan kewangan. Sebelum menyertai Bank Islam, beliau mempunyai pengalaman di Pengurusan Danaharta Nasional Berhad pada tahun 1999 mengendalikan pemulihan aset. Beliau juga menghabiskan beberapa tahun di Malaysian Rating Corporation Berhad, sebagai Naib Presiden, Terbitan Hutang Korporat.
Khairul merupakan ahli Institute of Chartered Secretaries & Administrators, London dan ahli bertauliah Institut Chartered of Islamic Finance Professionals, Malaysia.

Mohd Radzuan Ahmad Tajuddin
Ahli Bebas
Mohd Radzuan berada di dalam Jawatankuasa BIMB Investment sejak Disember 2017. Beliau merupakan Ketua pembangunan, pasaran modal Islam di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Beliau juga pernah memegang pelbagai jawatan kanan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam pasaran kewangan korporat, bon dan Sukuk, pendedahan Prospektus dan pasaran modal Islam.
Ahmad Radzuan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kewangan & Pemasaran, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dato’ Dr. Mohamad Zabidi Ahmad
Ahli Bebas
Dato’ Dr. Mohamad Zabidi Ahmad dilantik sebagai ahli bebas Jawatankuasa BIMB Investment sejak 1 Disember 2022. Beliau mula menyertai Lembaga Pengarah BIMB Investment pada Oktober 2021. Dato’ Dr. Mohamad Zabidi Ahmad mempunyai pengalaman selama 38 tahun di dalam bidang industri perbankan terutamanya di dalam Perbendaharaan Kumpulan. Jawatan terakhir beliau sebelum bersara ialah Pengarah Urusan Kanan dan Ketua Wilayah, Perbendaharaan Islam, Perbendaharaan & Pasaran, Perbankan Borong Kumpulan di Kumpulan CIMB. Beliau juga merupakan Ketua Peniaga di Bank Bumiputra Malaysia Berhad selama 5 tahun di London.
Dato’ Dr Mohamad Zabidi Ahmad memegang;
- Kedoktoran di dalam Pentadbiran Perniagaan daripada OYAGSB, UUM;
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian, UiTM Shah Alam;
- Akauntan Bertauliah, Ahli Amalan Institut Akauntan Malaysia (MIA); dan
- Pengamal Pasaran Kewangan Kanan (CSMP) yang diperakui oleh ACI-Pasaran Kewangan Malaysia (FMAM) & The Asian Institute of Chartered Bankers (AICB)
